Thursday, December 15, 2011

AKTIVITI TERAPI BOWLING


Aktiviti terapi boling ini merupakan kali yang pertama diadakan untuk tahun ini. Program ini disenaraikan dalam takwim tahunan aktiviti luar PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka. Aktiviti ini bermula pada jam 10.00 pagi dan melibatkan 3 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid serta 15 orang murid.

Aktiviti ini bermula pada jam 10.00. Selepas mendaftarkan diri di kaunter, murid dikehendaki memakai kasut khas untuk bermain boling. Selepas itu murid diberi taklimat dan tunjuk cara oleh Cikgu Muhammad Ikhwan Md Naser tentang cara-cara untuk bermain boling dengan betul. Murid diberi peluang untuk membuat balingan percubaan secara individu terlebih dahulu. Murid juga diajar cara untuk memegang bola boling dengan cara yang betul.



Terapi boling ini bertujuan untuk melatih pergerakkan psikomotor kasar dan halus murid. Dengan program ini murid boleh membina keyakinan dalam diri murid itu sendiri. Selain itu juga program terapi boling ini juga boleh mendidik murid supaya memberi fokus dan perhatian dalam melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, untuk membaling bola boling murid perlu melihat ke arah pin bowling dan perlu membaling bola tersebut dengan cara yang betul barulah pin tersebut akan jatuh.

Pada mulanya hampir kesemua murid membuat balingan masuk ke dalam longkang, setelah hampir satu jam bermain barulah ada murid yang berjaya menjatuhkan kesemua pin boling. Ini kerana murid baru boleh mengadaptasikan keadaan dan kemahiran balingan dengan cara yang betul. Selain itu juga keyakinan bahawa mereka juga boleh buat telah terbentuk bahawa diri mereka juga boleh melakukan balingan yang baik seperti individu normal yang lain. Dalam aktiviti seperti inilah  guru perlu memainkan peranan memberi galakan dan keyakinan dalam diri murid.





Melalui program seperti ini juga ia mampu memantapkan perkembangan fizikal dan mampu melembutkan otot dan sendi murid. Selain itu juda ia juga boleh meningkatkan lagi daya tahan kardivoskular. Keyakinan murid boleh dipupuk dan segala tindakan perlu dibimbing untuk  rasa jati diri murid.

Program pembelajaran luar kelas seperti ini memberi pendedahan kepada murid agar dapat melihat apa yang berlaku di sekitar mereka. Melalui terapi bowling seperti ini, potensi murid dapat dicungkil dari segi fizikal dan kognitif.





Pada jam 12.30 tengahari, aktiviti terapi bowling selesai. Kemudian kami terus ke panggung wayang di Mahkota parade untuk menontong wayang bertajuk “Raya Tak jadi”. Sebelum masuk ke panggung wayang, murid-murid dibenarkan untuk membeli makanan dan minuman ringan untuk dibawa masuk ketika menonton wayang. Selepas itu murid-murid diberikan setiap seorang tiket wayang yang telah dibeli oleh guru. Kemudian murid-murid dikehendaki beratur bersama-sama guru untuk menyerahkan tiket kepada pekerja yang ditugaskan untuk memeriksa tiket sebelum masuk ke dalam panggung wayang.





Setelah murid-murid mengambil tempat duduk seperti yang tertera pada tiket masing-masing, wayang pun bermula jam 1.15 petang. Reaksi murid-murid sangat teruja kerana ada diantara mereka yang baru pertama kali memasuki panggung wayang. Pelbagai reaksi dapat dilihat semasa murid-murid sedang menonton wayang. Ada yang ketawa kerana filem yang ditayangkan merupaka lawak komedi dan terdapat juga murid yang tertidur di dalam panggung wayang. Melalui aktiviti, murid-murid dapat didedahkan keadaan sebenar di dalam sesebuah panggung wayang.

Lebih kurang jam 2.45 petang, filem yang ditonton pun tamat lalu murid-murid bersama guru keluar dari panggung wayang menuju ke Food Court yang terdapat di aras yang sama untuk makan tengahari. Murid-murid dibahagikan kepada  5 kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang guru dan pembantu pengurusan murid untuk aktiviti membeli makanan tengahari. Murid-murid diberikan seorang RM10 untuk dibelanjakan membeli makanan dan minuman yang digemari.






Selepas itu, semua murid-murid menunaikan solat Zuhur di surau yang terdapat di Mahkota Parade. Setelah selesai solat, murid-murid dibawa oleh setiap guru berjalan-jalan sambil membeli-belah di pasaraya yang terdapat di Mahkota Parade. Murid-murid dibenarkan untuk membeli apa sahaja yang mereka kehendaki dengan dipantau oleh seorang guru. Jam 3.45 petang, semua murid dan guru berkumpul di hadapan pintu masuk Mahkota Parade untuk menunggu van sekolah untuk pulang ke sekolah mengikut trip yang telah diberi.

No comments:

Post a Comment