Thursday, December 15, 2011

AKTIVITI PERTANDINGAN TENPIN BOWLING PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011


Tarikh              : 20-21hb Julai 2011
Tempat            : Pusat Bowling Mahkota Parade, Melaka
Peserta             : 8 orang mewakili PPKI SMK Bukit Rambai, Melaka
1.       Mohamad Azim Bin Adnan                                 950901065151            LD094489
2.       Muhammad Ridzuan Bin Rahim                          970514045589            LD095167
3.       Muhammad Nur Aswad Bin Rosli                       960219045157            LD096027

Guru Pengiring: Cik Norhaida binti Misrun               Guru Pendidikan Khas SMK Bukit Rambai
                         
Pada 20 dan 21hb Julai 2011 yang lalu, seramai 3 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Bukit Rambai, Melaka telah mewakili Zon Tanjung ke  Pertandingan Tenpin Bowling Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Peringkat Negeri Melaka di Pusat Bowling Mahkota Parade, Melaka. Pelajar telah diiringi oleh seorang guru pengiring iaitu Cikgu Norhaida bt Misrun dengan menaiki bas sekolah yang telah disewa khas oleh pihak sekolah.

Hari Pertama: 20hb Julai 2011

Pada jam 8.30 pagi para pelajar dan guru pengiring berkumpul di Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Bukit Rambai. Pada Jam 845 pagi, bertolak ke Mahkota Parade. Pada jam 9.10 pagi semua peserta bersama guru pengiring berkumpul di dalam Pusat Bowling Mahkota Parade untuk mendengar sesi taklimat ringkas yang diterangkan oleh Zon Penganjur iaitu Zon Masjid Tanah. Pertandingan Tenpin Bowling ini disertai oleh peserta PPKI dari 8 zon seluruh Melaka iaitu Zon Alor Gajah, Zon Masjid Tanah, Zon Tanjong, Zon Jasin, Zon Bukit Cina, Zon SKPK dan SMK Tun Mutahir, Zon Merlimau dan Zon Ayer Keroh.

Kemudian guru pengiring mendaftar nama pelajar kepada urusetia pertandingan. Selepas itu tepat jam 10.00 pagi acara pertandingan dimulakan dengan membahagikan kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 3 orang pelajar bersama seorang guru. Peryertaan pertandingan adalah secara individu mengikut kategori iaitu kategori guru, kategori pelajar bawah 12 tahun lelaki dan perempuan, bawah 14 tahun lelaki dan perempuan, bawah 19 tahun lelaki dan perempuan dan kategori Sindrom Down Lelaki dan Perempuan.

Pertandingan ini dimulai dengan kategori bawah 14 tahun lelaki dan perempuan secara berpasukan dan perseorangan. Pelajar PPKI SMK Bukit Rambai Muhammad Ridzuan bin Rahim mewakili Zon Tanjung bagi kategori bawah 14 tahun berpasangan lelaki bersama pelajar PPKI dari SMK Sri Tanjung melawan Zon Ayer Keroh. Manakala bagi acara kategori bawah 14 tahun lelaki perseorangan Muhammad Ridzuan Bin Rahim telah melawan peserta dari Zon Alor Gajah. Keputusannya hanya mendapat tempat kelima daripada 8 Zon yang terlibat. Pertandingan.

Jam 11.10 pagi semua peserta diberi rehat untuk makan tengahari yang telah disediakan. Kemudian acara pertandingan disambung semula untuk kategori bawah 12 tahun lelaki dan perempuan. Acara pertandingan untuk hari tersebut selesai jam 1.30 petang.

Hari Kedua: 21hb Julai 2011

Pada jam 8.40 pagi para pelajar dan guru pengiring berkumpul di Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Bukit Rambai. Pada Jam 845 pagi, bertolak ke Mahkota Parade. Pada jam 9.10 pagi semua peserta bersama guru pengiring berkumpul di dalam Pusat Bowling Mahkota Parade untuk mendengar sesi taklimat ringkas yang diterangkan oleh Zon Penganjur iaitu Zon Masjid Tanah. Kemudian guru pengiring mendaftar nama pelajar kepada urusetia pertandingan. Selepas itu tepat jam 10.05 pagi acara pertandingan dimulakan.
Acara bagi kategori bawah 19 tahun perseorangan dimulakan dimana pelajar PPKI SMK Bukit Rambai iaitu Muhammad Nur Aswad bin Rosli mewakili PPKI Zon Tanjung melawan Zon Masjid Tanah dan mendapat keputusan tempat Ketiga. Manakala seorang lagi pelajar PPKI SMK Bukit Rambai iaitu Muhammad Azim bin Adnan melawan Zon Ayer Keroh dan mendapat keputusan tempat keempat daripada 8 zon yang menyertai pertandingan tersebut.

Jam 10.30 pagi para peserta diberi rehat untuk makan tengahari sebelum acara seterusnya disambung. Jam 11.00 pagi acara bagi kategori Sindrom Down dan Kategori Pegawai (Guru dan Pembantu pengurusan Murid) dimulakan Suasana pertandingan amat menyeronokkan pelajar kerana dengan adanya pertandingan bowling ini dapat mengasah bakat terpendam pelajar terhadap permainan bowling.

Berikut keputusan keseluruhan Pertandingan Tenpin Bowling Peringkat Negeri Melaka
Johan: Zon Masjid Tanah
Naib Johan: Zon Ayer Keroh
Ketiga: Zon Tanjung

Peserta dari PPKI SMK Bukit Rambai:
Nama Peserta                                                              Tempat
1.       Mohamad Azim Bin Adnan                                 KEEMPAT
2.       Muhammad Ridzuan Bin Rahim                          KELIMA
3.       Muhammad Nur Aswad Bin Rosli                       KETIGA

Pertandingan Tenpin Bowling tersebut telah tamat pada jam 12.45 tengahari. Kemudian para peserta berkumpul di Pusat Bowling Mahkota Parade untuk acara penutup majlis  dan penyampaian hadiah. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dirasmikan oleh Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka iaitu En. Aziz Md Lani. Majlis tamat pada jam 1.50 Petang dan semua murid dan guru bersurai.









No comments:

Post a Comment