Thursday, December 15, 2011

AKTIVITI TERAPI BOWLING


Aktiviti terapi boling ini merupakan kali yang pertama diadakan untuk tahun ini. Program ini disenaraikan dalam takwim tahunan aktiviti luar PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka. Aktiviti ini bermula pada jam 10.00 pagi dan melibatkan 3 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid serta 15 orang murid.

Aktiviti ini bermula pada jam 10.00. Selepas mendaftarkan diri di kaunter, murid dikehendaki memakai kasut khas untuk bermain boling. Selepas itu murid diberi taklimat dan tunjuk cara oleh Cikgu Muhammad Ikhwan Md Naser tentang cara-cara untuk bermain boling dengan betul. Murid diberi peluang untuk membuat balingan percubaan secara individu terlebih dahulu. Murid juga diajar cara untuk memegang bola boling dengan cara yang betul.



Terapi boling ini bertujuan untuk melatih pergerakkan psikomotor kasar dan halus murid. Dengan program ini murid boleh membina keyakinan dalam diri murid itu sendiri. Selain itu juga program terapi boling ini juga boleh mendidik murid supaya memberi fokus dan perhatian dalam melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, untuk membaling bola boling murid perlu melihat ke arah pin bowling dan perlu membaling bola tersebut dengan cara yang betul barulah pin tersebut akan jatuh.

Pada mulanya hampir kesemua murid membuat balingan masuk ke dalam longkang, setelah hampir satu jam bermain barulah ada murid yang berjaya menjatuhkan kesemua pin boling. Ini kerana murid baru boleh mengadaptasikan keadaan dan kemahiran balingan dengan cara yang betul. Selain itu juga keyakinan bahawa mereka juga boleh buat telah terbentuk bahawa diri mereka juga boleh melakukan balingan yang baik seperti individu normal yang lain. Dalam aktiviti seperti inilah  guru perlu memainkan peranan memberi galakan dan keyakinan dalam diri murid.





Melalui program seperti ini juga ia mampu memantapkan perkembangan fizikal dan mampu melembutkan otot dan sendi murid. Selain itu juda ia juga boleh meningkatkan lagi daya tahan kardivoskular. Keyakinan murid boleh dipupuk dan segala tindakan perlu dibimbing untuk  rasa jati diri murid.

Program pembelajaran luar kelas seperti ini memberi pendedahan kepada murid agar dapat melihat apa yang berlaku di sekitar mereka. Melalui terapi bowling seperti ini, potensi murid dapat dicungkil dari segi fizikal dan kognitif.





Pada jam 12.30 tengahari, aktiviti terapi bowling selesai. Kemudian kami terus ke panggung wayang di Mahkota parade untuk menontong wayang bertajuk “Raya Tak jadi”. Sebelum masuk ke panggung wayang, murid-murid dibenarkan untuk membeli makanan dan minuman ringan untuk dibawa masuk ketika menonton wayang. Selepas itu murid-murid diberikan setiap seorang tiket wayang yang telah dibeli oleh guru. Kemudian murid-murid dikehendaki beratur bersama-sama guru untuk menyerahkan tiket kepada pekerja yang ditugaskan untuk memeriksa tiket sebelum masuk ke dalam panggung wayang.





Setelah murid-murid mengambil tempat duduk seperti yang tertera pada tiket masing-masing, wayang pun bermula jam 1.15 petang. Reaksi murid-murid sangat teruja kerana ada diantara mereka yang baru pertama kali memasuki panggung wayang. Pelbagai reaksi dapat dilihat semasa murid-murid sedang menonton wayang. Ada yang ketawa kerana filem yang ditayangkan merupaka lawak komedi dan terdapat juga murid yang tertidur di dalam panggung wayang. Melalui aktiviti, murid-murid dapat didedahkan keadaan sebenar di dalam sesebuah panggung wayang.

Lebih kurang jam 2.45 petang, filem yang ditonton pun tamat lalu murid-murid bersama guru keluar dari panggung wayang menuju ke Food Court yang terdapat di aras yang sama untuk makan tengahari. Murid-murid dibahagikan kepada  5 kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang guru dan pembantu pengurusan murid untuk aktiviti membeli makanan tengahari. Murid-murid diberikan seorang RM10 untuk dibelanjakan membeli makanan dan minuman yang digemari.






Selepas itu, semua murid-murid menunaikan solat Zuhur di surau yang terdapat di Mahkota Parade. Setelah selesai solat, murid-murid dibawa oleh setiap guru berjalan-jalan sambil membeli-belah di pasaraya yang terdapat di Mahkota Parade. Murid-murid dibenarkan untuk membeli apa sahaja yang mereka kehendaki dengan dipantau oleh seorang guru. Jam 3.45 petang, semua murid dan guru berkumpul di hadapan pintu masuk Mahkota Parade untuk menunggu van sekolah untuk pulang ke sekolah mengikut trip yang telah diberi.

AKTIVITI PERTANDINGAN TENPIN BOWLING PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011


Tarikh              : 20-21hb Julai 2011
Tempat            : Pusat Bowling Mahkota Parade, Melaka
Peserta             : 8 orang mewakili PPKI SMK Bukit Rambai, Melaka
1.       Mohamad Azim Bin Adnan                                 950901065151            LD094489
2.       Muhammad Ridzuan Bin Rahim                          970514045589            LD095167
3.       Muhammad Nur Aswad Bin Rosli                       960219045157            LD096027

Guru Pengiring: Cik Norhaida binti Misrun               Guru Pendidikan Khas SMK Bukit Rambai
                         
Pada 20 dan 21hb Julai 2011 yang lalu, seramai 3 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Bukit Rambai, Melaka telah mewakili Zon Tanjung ke  Pertandingan Tenpin Bowling Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Peringkat Negeri Melaka di Pusat Bowling Mahkota Parade, Melaka. Pelajar telah diiringi oleh seorang guru pengiring iaitu Cikgu Norhaida bt Misrun dengan menaiki bas sekolah yang telah disewa khas oleh pihak sekolah.

Hari Pertama: 20hb Julai 2011

Pada jam 8.30 pagi para pelajar dan guru pengiring berkumpul di Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Bukit Rambai. Pada Jam 845 pagi, bertolak ke Mahkota Parade. Pada jam 9.10 pagi semua peserta bersama guru pengiring berkumpul di dalam Pusat Bowling Mahkota Parade untuk mendengar sesi taklimat ringkas yang diterangkan oleh Zon Penganjur iaitu Zon Masjid Tanah. Pertandingan Tenpin Bowling ini disertai oleh peserta PPKI dari 8 zon seluruh Melaka iaitu Zon Alor Gajah, Zon Masjid Tanah, Zon Tanjong, Zon Jasin, Zon Bukit Cina, Zon SKPK dan SMK Tun Mutahir, Zon Merlimau dan Zon Ayer Keroh.

Kemudian guru pengiring mendaftar nama pelajar kepada urusetia pertandingan. Selepas itu tepat jam 10.00 pagi acara pertandingan dimulakan dengan membahagikan kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 3 orang pelajar bersama seorang guru. Peryertaan pertandingan adalah secara individu mengikut kategori iaitu kategori guru, kategori pelajar bawah 12 tahun lelaki dan perempuan, bawah 14 tahun lelaki dan perempuan, bawah 19 tahun lelaki dan perempuan dan kategori Sindrom Down Lelaki dan Perempuan.

Pertandingan ini dimulai dengan kategori bawah 14 tahun lelaki dan perempuan secara berpasukan dan perseorangan. Pelajar PPKI SMK Bukit Rambai Muhammad Ridzuan bin Rahim mewakili Zon Tanjung bagi kategori bawah 14 tahun berpasangan lelaki bersama pelajar PPKI dari SMK Sri Tanjung melawan Zon Ayer Keroh. Manakala bagi acara kategori bawah 14 tahun lelaki perseorangan Muhammad Ridzuan Bin Rahim telah melawan peserta dari Zon Alor Gajah. Keputusannya hanya mendapat tempat kelima daripada 8 Zon yang terlibat. Pertandingan.

Jam 11.10 pagi semua peserta diberi rehat untuk makan tengahari yang telah disediakan. Kemudian acara pertandingan disambung semula untuk kategori bawah 12 tahun lelaki dan perempuan. Acara pertandingan untuk hari tersebut selesai jam 1.30 petang.

Hari Kedua: 21hb Julai 2011

Pada jam 8.40 pagi para pelajar dan guru pengiring berkumpul di Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Bukit Rambai. Pada Jam 845 pagi, bertolak ke Mahkota Parade. Pada jam 9.10 pagi semua peserta bersama guru pengiring berkumpul di dalam Pusat Bowling Mahkota Parade untuk mendengar sesi taklimat ringkas yang diterangkan oleh Zon Penganjur iaitu Zon Masjid Tanah. Kemudian guru pengiring mendaftar nama pelajar kepada urusetia pertandingan. Selepas itu tepat jam 10.05 pagi acara pertandingan dimulakan.
Acara bagi kategori bawah 19 tahun perseorangan dimulakan dimana pelajar PPKI SMK Bukit Rambai iaitu Muhammad Nur Aswad bin Rosli mewakili PPKI Zon Tanjung melawan Zon Masjid Tanah dan mendapat keputusan tempat Ketiga. Manakala seorang lagi pelajar PPKI SMK Bukit Rambai iaitu Muhammad Azim bin Adnan melawan Zon Ayer Keroh dan mendapat keputusan tempat keempat daripada 8 zon yang menyertai pertandingan tersebut.

Jam 10.30 pagi para peserta diberi rehat untuk makan tengahari sebelum acara seterusnya disambung. Jam 11.00 pagi acara bagi kategori Sindrom Down dan Kategori Pegawai (Guru dan Pembantu pengurusan Murid) dimulakan Suasana pertandingan amat menyeronokkan pelajar kerana dengan adanya pertandingan bowling ini dapat mengasah bakat terpendam pelajar terhadap permainan bowling.

Berikut keputusan keseluruhan Pertandingan Tenpin Bowling Peringkat Negeri Melaka
Johan: Zon Masjid Tanah
Naib Johan: Zon Ayer Keroh
Ketiga: Zon Tanjung

Peserta dari PPKI SMK Bukit Rambai:
Nama Peserta                                                              Tempat
1.       Mohamad Azim Bin Adnan                                 KEEMPAT
2.       Muhammad Ridzuan Bin Rahim                          KELIMA
3.       Muhammad Nur Aswad Bin Rosli                       KETIGA

Pertandingan Tenpin Bowling tersebut telah tamat pada jam 12.45 tengahari. Kemudian para peserta berkumpul di Pusat Bowling Mahkota Parade untuk acara penutup majlis  dan penyampaian hadiah. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dirasmikan oleh Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka iaitu En. Aziz Md Lani. Majlis tamat pada jam 1.50 Petang dan semua murid dan guru bersurai.









AKTIVITI PERTANDINGAN BOWLING PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT ZON TANJONG, MELAKA 2011


Tarikh              : 23hb Mei 2011
Tempat            : Pusat Bowling Mahkota Parade, Melaka
Peserta             : 8 orang mewakili PPKI SMK Bukit Rambai, Melaka
1.       Muhammad Nur Alif Bin Rosli                            980718045141            LD094222
2.       Romyzie Bin Rosli                                                971116135233            LD094495
3.       Mohamad Azim Bin Adnan                                 950901065151            LD094489
4.       Muhammad Ridzuan Bin Rahim                          970514045589            LD095167
5.       Muhammad Nurul Izuan Bin Harun                     940825045191            LD094416
6.       Muhammad Awierudin Bin Abdullah                  951230045487            MD092381
7.       Muhammad Nur Aswad Bin Rosli                       960219045157            LD096027
8.       Muhammad Hamizi Bin Shamsudin                     961019045439            LD096035

Guru Pengiring: Cik Norhaida binti Misrun               Guru Pendidikan Khas SMK Bukit Rambai
                          Puan Noorfauziah binti Bahadim     Guru Pendidikan Khas SMK Bukit Rambai

Pada 23hb Mei 2011 yang lalu, seramai 8 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Bukit Rambai, Melaka telah menyertai Pertandingan Bowling Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Peringkat Zon Tanjong, Melaka di Pusat Bowling Mahkota Parade, Melaka. Pelajar telah diiringi oleh 2 orang guru pengiring iaitu Cikgu Norhaida bt Misrun dan Cikgu Noorfauziah bt Bahadim dengan menaiki bas sekolah yang telah disewa khas oleh pihak sekolah.

Pada jam 8.30 pagi para pelajar dan guru pengiring berkumpul di Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Bukit Rambai. Pada Jam 845 pagi, bertolak ke Mahkota Parade. Pada jam 9.10 pagi semua peserta bersama guru pengiring berkumpul di dalam Pusat Bowling Mahkota Parade untuk mendengar sesi taklimat ringkas yang diterangkan oleh Cikgu Mohd Nizar yang merupakan Pengerusi Zon Tanjong Program Pendidikan Khas Integrasi. Kemudian guru pengiring mendaftar nama pelajar serta membayar yuran penyertaan kepada urusetia pertandingan. Selepas itu tepat jam 10.00 pagi acara pertandingan dimulakan dengan membahagikan sebanyak 20 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 3 orang pelajar bersama seorang guru. Peryertaan pertandingan adalah secara individu mengikut kategori iaitu kategori guru, kategori pelajar bawah 14 tahun lelaki dan perempuan, bawah 19 tahun lelaki dan perempuan dan kategori Sindrom Down Lelaki dan Perempuan.

Suasana pertandingan amat menyeronokkan pelajar kerana dengan adanya pertandingan bowling ini dapat mengasah bakat terpendam pelajar terhadap permainan bowling. Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Bukit Rambai telah memenangi pertandingan bowling tersebut. Berikut adalah keputusan pertandingan tenpin bowling yang disertai oleh pelajar PPKI SMK Bukit Rambai:
Bil
Nama Murid
Kategori
Tempat
1.
Muhammad Nur Alif Bin Rosli
Lelaki Bawah 14 Tahun
-
2.
Romyzie Bin Rosli
Lelaki Bawah 14 Tahun
KEEMPAT
3.
Mohamad Azim Bin Adnan
Lelaki Bawah 19 Tahun
KELIMA
4.
Muhammad Ridzuan Bin Rahim
Lelaki Bawah 14 Tahun
KETIGA
5.
Muhammad Nurul Izuan Bin Harun
Lelaki Bawah 19 Tahun
KEENAM
6.
Muhammad Awierudin Bin Abdullah
Lelaki Bawah 19 Tahun
-
7.
Muhammad Nur Aswad Bin Rosli
Lelaki Bawah 19 Tahun
JOHAN
8.
Muhammad Hamizi Bin Shamsudin
Lelaki Bawah 19 Tahun
-


Pertandingan Tenpin Bowling tersebut telah tamat pada jam 12.30 tengahari. Kemudian para peserta diberikan waktu rehat untuk makan tengahari sebelum acara penutup majlis  dan penyampaian hadiah diadakan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Cheng, Malim. Majlis tamat pada jam 1.50 Petang dan semua murid dan guru bersurai.